TERMA DAN SYARAT
Sebelum memulakan Terma dan Syarat, di sini pihak kami ingin membuat peringatan kepada pelanggan yang mempunyai ciri-ciri berikut:
Suka maki hamun barang yang diterima tidak sama seperti yang di idamkan (sedangkan design yang di tempah adalah design yang sama di tempah, sila perhatikan betul-betul design yang di tempah)
Suka marah-marah sekiranya barang yang di tempah telah kehabisan stok setelah pembayaran dibuat (kami akan membuat refund money atau anda boleh membuat penukaran barang)
Atau
Tidak suka barang yang dibeli tidak sampai keesokkannya atau lambat sampai ke tangan anda
(waktu pengeposan akan sentiasa di kemaskinikan, sekiranya kami tidak dapat membuat penghantaran pada waktu sepatutnya, kami akan maklumkan kepada umum)
============================================
1) SYARAT TEMPAHAN
Bersetuju untuk menjelaskan pembayaran dalam tempoh 12jam setelah invois di dihantar melalui email
Pihak Number One Boutique bersetuju sekiranya tempahan yang dibuat oleh pelanggan tidak dapat dijelaskan dalam tempoh 12jam dan membenarkan menyelesaikan dalam tempoh 24jam sekiranya ada membuat penangguhan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS)
Membenarkan pihak Number One Boutique meletakkan butiran diri ke dalam senarai hitam jika tiada maklumbalas selepas 24jam tempoh penghantaran invois (email)
2) SYARAT PEMBELIAN
DEPOSIT MESIN
Sila balas(reply) email invois beserta gambar slip bank sebagai bukti pembelian sekiranya pembayaran menggunakan mesin atm BANK MAYBANK atau;
Hanya balas(reply) email invois beserta maklumat TARIKH/MASA/RM/CIMB sebagai bukti pembelian sekiranya pembayaran menggunakan mesin atm BANK CIMB
KAUNTER
Sila balas(reply) email invois beserta gambar slip bank salinan pelanggan sebagai bukti pembelian sekiranya pembayaran menggunakan kaunter bank.
ONLINE BANKING
Tolong bekerjasama dengan memasukkan email yang kami sertakan di dalam invois ke dalam ruangan email penerima kemudian;
Balas(reply) email invois dengan memberitahu anda telah membuat pembayaran tetapi sekiranya anda menggunakan akaun orang lain, sila maklumkan nama pemunya akaun bank tersebut.
3) SYARAT PENUKARAN
Penukaran barang hanya boleh dibuat sekiranya:
i) ROSAK
ii) TERSALAH BARANG TEMPAHAN
Jika barang yang dihantar rosak atau tersalah barang tempahan. pihak kami akan membayar kos pemulangan barangan kepada pihak kami dan tiada penambahan atau caj tambahan untuk pengeposan kali ke-2.
Pemulangan hanya diterima 3hari setelah barangan diterima.
Pemulangan hanya diterima 3hari setelah barangan diterima.
PERHATIAN
Barangan yang rosak atau tersalah hantar barangan tempahan kepada anda tolong jangan menggunting tag NUMBER ONE BOUTIQUE untuk memastikan barangan yang di beli adalah dari pihak kami, sekiranya barangan yang dipulangkan tidak mempunyai tag, kami tidak akan bertanggungjawap ke atas barangan gantian.
Untuk penukaran barang selain sebab-sebab di atas, kami tidak akan bertanggungjawap kerana pelbagai penipuan telah kami alami sepanjang tempoh perniagaan.